Thursday, April 16, 2009

Exora dilancarkan...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi


NAJIB (dua dari kiri), Nadzmi (kiri sekali), Dr. Mahathir dan Syed Zainal Abidin menunjukkan tanda bagus pada pelancaran Proton Exora di Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan Proton Exora, kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama Proton, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Exora yang berkapasiti tujuh tempat duduk termasuk pemandu turut dilancarkan serentak di Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Menurut Najib, semenjak mula dibuka untuk tempahan pada 21 Februari lalu, Exora sudah pun menerima lebih 2,000 tempahan.

“Kita berbangga kerana dalam proses pengeluaran Exora daripada proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan ujian sehinggalah ke proses produksi, ia melibatkan anak tempatan.

“Ini adalah satu bukti kemampuan modal insan negara,’’ katanya ketika berucap pada majlis perasmian Proton Exora di sini.

Pada majlis tersebut, Najib turut mengumumkan harga bagi MPV tersebut iaitu RM75,998 bagi Exora Hi-Line 1.6 Automatic, Metallic dan RM69,998 bagi Exora M-Line 1.6 Automatic, Metallic.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: