KISAH Julfekar dan Farawhida sekarang tengah panas. Semua orang nak tahu apa kisah sebenar yang berlaku di sebalik segala kemelut yang timbul sejak sebulan dua ini.
Iyalah, mana taknya, tiba-tiba Farawahida menghilangkan diri dan tiba-tiba pula timbul macam-macam cerita kisah cinta, kahwin dan kontrak antara dirinya dan penerbit albumnya, Julfekar.
Sekarang Fara masih menyepikan diri. Pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak dan tidak mahu dihubungi sesiapa.
Joyah dengar, dengan Julfekar pun dia tidak mahu bercakap. Kalau berhubungan pun, hanya sekadar menghantar SMS sahaja.
Julfekar pula khabarnya sejak kehilangan Fara tidur malam pun tak lelap. Asyik memikirkan buah hatinya itu. Ops! Buah hati? Tak ada apa pun nak dikejutkan sebab Julfekar sendiri pernah memberitahu bahawa Fara berkali-kali ajak dia kahwin.
Masakan tidak, Joyah dengar dah tujuh lapan tahun juga mereka bercinta. Cuma kedua-duanya sahaja yang tak menunjukkan kepada khalayak dan peminat demi menjaga kepentingan kerjaya Fara.
Kalau sebelum ini Julfekar pernah berkata, Fara asyik bertanyakan soal kahwin, dia sendiri pun sebenarnya amat ingin menyunting Fara yang telah dikenalinya sejak usia Fara 16 tahun lagi. Julfekar mengakui bahawa dia memang sayang dan cintakan Fara. Dalam hatinya tiada wanita lain, hanyalah Fara dan mahu mengahwini Fara.
Tapi bila keadaan sudah jadi begini, dia celaru dan keliru. Joyah yang mendengar cerita dan melihat Julfekar pun rasa sayu.
Joyah rasa, kalau ada hati-hati yang merajuk tu, sudah-sudahlah. Bawalah berdamailah. Bersemuka dan berbincanglah dengan hati terbuka.
Mana tahu, ia akan disusuli dengan sesuatu yang memberansangkan. Yang bakal menyatukan dua hati menjadi satu! Joyah mendoakan kebahagiaan kalian berdua!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: