Monday, April 20, 2009

Imbruglia kalis tekanan


NATALIE IMBRUGLIA


BINTANG pop Australia, Natalie Imbruglia mengakui bahawa dia sudah kalis dan banyak belajar daripada tekanan hidup.

Katanya, sebab itulah tidak sukar baginya untuk menjiwai karakter Elise Silverton, wanita yang mengalami tekanan menerusi filem terbarunya, Closed for Winter kerana mereka miliki latar personaliti yang sama.

"Saya boleh berdepan segala cabaran, bagaimanapun saya tetap ada ruang untuk terluka. Itu sesuatu yang tragis, saya fikir kisah itu juga sangat melankolik," luah Natalie kepada akhbar Sydney Morning Herald.

"Ada masanya saya teruk. Banyak orang rasa begitu. Saya lihat adik-beradik saya juga berdepan tekanan contohnya dalam hubungan dengan pasangan masing-masing.

"Memang menyedihkan tapi itu beri pengajaran. Ada yang boleh diatasi dan ada yang perlu dilepaskan," kata Natalie.

Dia juga mengakui akan mengasingkan diri dari khalayak jika berada dalam keadaan tertekan, dan dia pernah melakukan tindakan tersebut ketika berdepan kegagalan album pertamanya, Left of the Middle lebih 10 tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: