Monday, April 20, 2009

Babak bogel pertama Pattinson


KIRI: PATTINSON menjadi kegilaan ramai wanita selepas muncul sebagai puntianak kacak dalam filem The Twilight.


MENYEDARI dia menjadi pujaan penonton wanita, Robert Pattinson bakal membuatkan peminat fanatiknya meraung histeria apabila dia bakal muncul berbogel buat pertama kalinya di layar perak.

Menerusi filem berjudul Little Ashes yang dijadualkan mula ditayangkan pada 8 Mei ini, Pattinson melakonkan watak seorang pelukis, Salvador Dali.

Menurut akhbar Britain, The Sun, filem itu mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang terjalin antara Dali, penerbit filem Luis Bunuel dan penulis Federico Garcia Lorca.

Aktor Matthew Mcnulty melakonkan watak Bunuel dan pelakon Javier Beltran menghidupkan watak Lorca yang juga seorang pemuisi.

Filem genre drama yang berlatar belakangkan Madrid, Sepanyol tahun 1922 itu diarahkan oleh Paul Morrison.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: