WALAUPUN sudah berlalu hampir seminggu, hati Gayah masih panas menggelegak. Gayah dah agak pasangan kekasih gelap yang agaknya sampai bila-bila pun tak mahu mengaku ada hubungan istimewa itu cakap tak serupa bikin. |
Tahniahlah kepada ‘brother’ yang tampil buat kenyataan mewakili penduduk di kawasan kediamannya. Betul kata ‘brother’ itu kerana apa yang dilakukan pasangan berkenaan akan memberi kesan kepada banyak pihak.
Sudahlah kau... kalau bercakap babitkan hukum agama dan lebih daripada itu kau siap buat sembahyang solat hajat dan istikarah! Berani sungguh. Kena panah petir baru tahu langit tinggi ke rendah.
Sudah-sudahlah. Tamatkanlah hubungan korang dengan ikatan yang sah. Paling tidak pun berterus terang sajalah. Gayah dah bosan tahap menyampah dengan korang. Huh!!! Cukuplah cerita pasal mereka. Entah-entah, bangga bila dikutuk.
Sekarang, Gayah nak membebel pula pasal AF7. Gayah pada mulanya nak simpan saja di dalam hati, tapi tak terdaya.
Hello! Setiap hari Gayah tengok AF7 OK! Apa saja yang berkaitan AF Gayah tengok, cuma belum berkesempatan melihat secara ‘live’.
Entahlah... Gayah kecewalah sebab Gayah tak nampak lagi apa transformasinya. Persembahan biasa-biasa saja. Pengkritik pula harap Adlin saja yang mampu membuatkan penonton terhibur.
Mengenai pelajarnya pula, adalah yang seorang itu Gayah lihat macam bagus. Bukan Gayah seorang saja yang perasan, tetapi kawan mesyuarat tingkap, malah pembaca akhbar ini juga ada yang beranggapan begitu.
Bagaimanapun, apa yang Gayah bebel ini bukan bermakna Gayah terus ‘kondem’ AF7 sebab Gayah percaya tenaga kerja dan pelajar AF7 sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan.
Gayah akan terus setia dan menunggu sesuatu yang menakjubkan daripada AF7. Buktikan!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: