Bermula semasa ulang tahun Melly Goeslow, Yuni Shara dan Raffi Ahmad bertemu dan memulakan sebuah hubungan yang dianggap oleh mereka sebagai sebuah ‘persahabatan’.
Namun di mata masyarakat mereka
bukan sekadar berkawan biasa, malah lebih dari itu. Baru-baru ini, dalam konsert ulang tahun Gigi, mereka bukan sahaja datang bersama malah sempat bergandingan tangan.
Yuni, kakak kepada penyanyi tersohor Kris Dayanti ini sudah setahun bergelar janda apabila bercerai dengan suaminya Henry Sihaan. Mungkinkah Raffi bakal menjadi pengganti? Pernyataan ini sempat disangkal oleh Yuni.
Mengakui memang sentiasa keluar bersama-sama Raffi dan anak-anaknya juga menyukai Raffi, tetapi kedekatan tersebut bukanlah bermakna mereka bercinta.
Menurut Yuni, Raffi sentiasa meminta nasihatnya memandangkan dia lebih senior dan dia jauh lebih berusia daripada Raffi.
Bagi Yuni, walaupun usia Raffi masih terlalu muda tetapi anak muda ini begitu matang dan tidak pernah memandang statusnya sebagai janda untuk berkawan. Malah status playboy yang diberikan kepada Raffi juga menurutnya tidak benar. Baginya tidak salah jika Raffi diminati ramai kerana mempunyai rupa yang kacak.
Yuni berharap suatu hari nanti Raffi akan mendapat seorang wanita yang sesuai dengan dirinya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: