“PENUH kelakar dan menyeronokkan.” Itulah ungkapan pertama keluar daripada mulut seorang teman yang turut sama menonton filem ini. |
Gandingan Adam Herschman, Sharon Leal dan Bernie Mac serasi. Masakan tidak, semuanya mempunyai persamaan, mudah ketawa, periang dan sentiasa kelakar. Walaupun tidak berdialog, wajah dan bahasa tubuh mereka cukup membuatkan penonton tergelak.
Begitupun, ketika menonton filem ini penulis dikejutkan dengan berita kematian dua pelakon utamanya iaitu Mac dan Isaac Hayes kerana masalah kesihatan. Mungkin apabila menyedari perkara itu, penulis lebih sensitif melihat karya terakhir mereka.
Secara tidak langsung, ia turut menerbitkan nilai sentimental terhadap penonton yang menonton filem itu, lebih-lebih lagi pada penghujung ceritanya, sutradara Malcolm D Lee turut memberi kredit ke atas dua aktor ini.
Soal lakonan, keserasian dipaparkan antara Goofy (Barnie), wanita penyayang dan Jackson, lelaki bertanggungjawab dan mempunyai karektor lebih serius, menjadi kekuatan cerita ini.
Tidak dinafikan, kedua-duanya berbakat besar, malah mereka juga komited dalam apa yang dilakukan. Barangkali, ada yang bakal tersentuh melihat hasil lakonan yang mereka paparkan.
Mungkin filem ini menjadi santapan terbaik kepada penonton yang mendalaminya. Namun, saran penulis tontonilah dulu dan kemudian nilai sendiri kerana cita rasa masing-masing berbeza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: