MAX Brogan (Harrison Ford), anggota imigresen dan petugas khas untuk unit ICE, berdepan tugasan mencabar dalam kariernya. Walaupun diamanahkan untuk mencari dan menghantar pulang pendatang asing yang bekerja di Amerika Syarikat, Brogan berperang dengan perasaan kasihan dan simpati terhadap apa yang dilakukannya. |
Melihat karektor dibawa Ford, dia pandai bermain dengan ekspresi wajah.
Filem ini tidak memaparkan aksi yang mendebarkan penonton, sebaliknya jalan cerita yang perlahan.
Meskipun ada yang menganggap filem ini membosankan, namun tidak bagi penulis. Selamilah ceritanya dan anda akan dihidangkan dengan kisah nasib tidak baik yang menghantui golongan pendatang tanpa izin ini.
Lebih menarik, filem ini seakan-akan filem tempatan seperti Sepi dan Cinta yang memaparkan dua tiga cerita dalam satu filem. Begitupun, ia bukan mengenai kisah cinta pasangan kekasih, sebaliknya menyelongkar hakikat diterima golongan pendatang ini.
Garapan sutradara Wayne Kramer juga memberangsangkan. Jalinan setiap satu cerita dipaparkan dengan baik. Tidak memeningkan kepala dan paling penting, penonton turut terasa kesannya.
Malah, jangan terkejut jika satu babak daripada filem ini mampu membuatkan anda mengalirkan air mata. Kisah sebuah keluarga Islam yang menetap di sana tanpa Kad Hijau (kad warganegara Amerika Syarikat) dan bagaimana mereka dihalau sehingga terpaksa berpisah dengan keluarga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: