Thursday, April 2, 2009

Night at the Museum 2: Escape from the Smithsonian

altRugi kiranya peminat-peminat pelakon komedi Ben Stiller sekiranya terlepas peluang menonton sekuel filem komedi Night at the Museum (NATM) ini.alt

Kali ini Stiller dipertemukan semula dengan pelakon-pelakon asal NATM dan juga beberapa watak baru berdasarkan sejarah dunia.Dalam Escape from the Smithsonian, saksikan pelbagai aksi lucu komedi watak-watak dan bahan pameran sejarah terdapat di Muzium Smithsonian Institute yang hidup pada waktu malam. Smithsonian Institute merupakan satu institusi yang menyimpan 136 juta barangan koleksi dari kapal terbang digunakan Amelia Earheart dalam penerbangan solo tanpa hentinya merentas Atlantik, gambar penjara dan senarai pertuduhan jenayah dilakukan Al Capone, selipar bertahtahbatu delima milik Dorothy sehinggalah ke kerusi malas milik Archie Bunker. Belum pernah lagi sebarang pergambaran filem dilakukan di dalam Smithsonian Institue di Washington sehinggalah Escape from the Smithsonian!

Saksikanlah bagaimana watak-watak dalam sejarah cuba melepaskan diri mereka dari kurungan dan pameran Smithsonia Institue apabila mereka hidup di waktu malam! Bakal ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2009

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: