Sunday, April 26, 2009

Ida Moin naik angin

Kring Kring (KK): Helo abang Niezam kring kring ke ni?

NIEZAM: Yup. Siapa tu?

KK: Tak kenal ke ni Ida.

NIEZAM: Ida? Ida mana tu?

KK: Ala bang... Ida la. Ida Moin

NIEZAM: Ooo... Ida Moin ke? Takkan tak kenal kut. Mesti la kenal. Penyanyi popular katakan.

KK: Ida ni tak popular mana pun. Tapi kalau ada orang kenal kira syukurlah.

NIEZAM: Apa hal ni lama tak telefon. Mengandung lagi ke?

KK: Ehh... cukup la anak seorang ni dulu. Ida dah lama nak telefon abang ni. Tapi tak ada masa. Ni baru ada masa yang sesuai.

NIEZAM: Ada cerita best ke?

KK: Memang best cerita ni. Memang Ida nak abang tulis sikit dalam kring kring. Ida dah naik hantu dengan seorang budak ni.

NIEZAM: Kenapa pula ni?

KK: Minggu lepas Ida dengan Rozza - kakak Nadia Mustafar pergi main futsal. Ada satu syarikat ni panggil kita orang sempena hari sukan syarikat dia. Selain kami berdua, ada artis lain juga dia orang jemput.

NIEZAM: Apa jadi?

KK: Majlis tu mula pukul 2 petang. Saya dengan Rozza sampai pukul 2 petang. Yang geramnya artis baru perasan seorang ni. Dia sampai pukul 5 petang. Dah la tu, berlagak nak mampus.

NIEZAM: Kenapa jadi macam tu?

KK: Alasan dia kononnya ada rakaman. Helo! Itu semua alasan tok kaduk. Alasan zaman dulu. Gawat-gawat ni tak ada siapa teringin nak panggil buat rakaman.

NIEZAM: Dia buat hal dengan Ida ke?

KK: Yang Ida geram, dah la lambat lepas tu tak pandai nak minta maaf. Biadab betul! Ida geram bila dia datang sebelah Ida dia boleh kata. “Kau ni artis ke? Artis mana?” Ida tahu la Ida ni tak popular tapi janganlah sindir macam tu.

NIEZAM: Memang tak guna betul!

KK: Ida sabar lagi. Lepas tu masa dia nak ambil bola, dia boleh buka gelang, dia bagi pada Rozza. Dia arahkan Rozza serahkan gelang tu kat P.A (pembantu peribadi) dia. Amboi... amboi... tak sedar diri betul.

NIEZAM: Si Rozza ambil ke gelang dia tu?

KK: Rozza tak nak malukan dia, Rozza ambil dan bagi pada P.A dia la. Dah macam Rozza tu orang suruhan dia dah.

NIEZAM: Patutnya Rozza pakai je gelang tu.

KK: Pakai? Kalau kena kat Ida dah campak depan muka dia.

NIEZAM: Alamak...!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: