Monday, April 20, 2009

Dengarnya...: Suami lupa diri mabuk kawan sendiri


ENTAH betul entah tidak cerita yang disampaikan kepada Cik Normah mengenai seorang pelakon wanita yang memegang gelaran Miss J ini.

Mungkin juga yang tukang menyampaikan cerita ini cemburu dengan kebahagiaan artis wanita itu, lalu mula membuka hikayat untuk menagih perhatian.

Sedikit masa lalu, pelakon wanita ini pernah mengakui hatinya sudah dimiliki. Seperti wanita lain yang sedang menganyam kebahagiaan, artis ini juga tidak lokek berkongsi detik manis yang sedang menghuni sudut hatinya.

Cuma yang tidak sedap, sumber itu memberitahu Cik Normah, artis itu berpura-pura baik sedangkan sikap sebenarnya adalah sebaliknya.

Sumber itu memberitahu Cik Normah, gara-gara artis tadi rumah tangga seorang temannya punah apabila si suami mula lupa diri kerana tergila-gilakan pelakon jelita itu.

Disebabkan pentingkan diri sendiri, artis tadi sanggup melihat air mata wanita lain jatuh dan anak-anak kehilangan kasih sayang seorang bapa.

Mungkin artis wanita ini lupa dia dulu juga pernah menjadi mangsa permainan lelaki yang tidak jujur dalam berumah tangga. Macam-macam dunia ini!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: