AKTOR yang seorang ini agaknya memang seronok apabila cerita buruk mengenainya dihebahkan kepada umum. Sana- sini ada saja yang bercerita mengenai perkara tidak enak mengenai dirinya.
Kadang-kadang Cik Normah geleng kepala sendiri melihat gelagatnya. Agaknya kerana sudah terlalu biasa memuta-rbelitkan kenyataan, lalu menipu itu sudah menjadi asam garam dalam dirinya.
Cuma yang buat Cik Normah ketawa, dalam bijak menipu ,akhirnya terjerat juga kerana kebodohannya sendiri. Pesan Cik Normah kepada aktor itu, tak usahlah bersandiwara sepanjang hidup kerana lambat-laun kebenaran akan terserlah juga.
Ketika itu siapa nak jawab? Takkan nak persalahkan pihak lain juga sedangkan diri sendiri yang menjadi punca kepada semua permasalahan.
Terbaru Cik Normah dapat tahu aktor ini sering buat hal di lokasi. Dulu dia seorang yang berdisiplin, tetapi entah kenapa, sekarang semua sudah jadi lain.
Melayan kerenahnya saja sudah buat ramai orang pusing. Mana tak pening, ‘call time’ jam 10 pagi, dia boleh dengan selamba datang jam 6 petang. Mahu tak berasap mereka yang menunggu dia yang datang tanpa muka bersalah.
Disebabkan tak tahan dengan perangai sesuka hatinya itu, seorang pelakon senior terus menyembur aktor itu tanpa belas kasihan.
Yang buat dia sakit hati, walaupun dah bertahun di lokasi, lakonan aktor tadi tidak pernah berubah. Penghayatan macam budak baru berlakon. Mahu tak menyinga pelakon lain yang memang sudah bersiap sedia di lokasi.
Lalu terbongkar rahsia rupanya aktor ini suka ambil banyak ‘job’ dalam satu masa. Apabila dah kelam-kabut, mulalah semua tak terurus. Jadual penggambaran ke mana dia sendiri entah ke mana.
Hairan betul Cik Normah kenapa aktor itu sanggup menutup periuk nasinya sendiri?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: