Tuesday, April 21, 2009

Dengarnya...: Sarimah, Vernon bermasam muka


BARU-BARU ini, Cik Normah dengar cerita, Sarimah Ibrahim agak terasa apabila pengurus popular, Vernon Kedit, menarik diri daripada menyertai sebuah acara kebajikan pada saat-saat akhir. Entah benar entah tidak, kononnya penarikan diri itu dilakukan Vernon kerana dia ingin menghadiri persembahan bekas peserta American Idol, David Archuleta.

Bagaimanapun, Cik Normah ada juga terdengar cerita yang versinya sedikit berbeza. Kononnya, menurut pengurus terkenal itu, Sarimah ‘bengang’ kerana dia tidak menerima pelakon, penyanyi dan pengacara berdarah kacukan itu untuk berada di bawah pengurusannya.

Hmmm, Cik Normah sendiri tidak pasti, siapalah yang benar dalam hal ini. Begitupun, pada konsert AF7 baru-baru ini, seorang teman yang agak rapat dengan kedua-dua insan ini perasan yang mereka bagai tidak boleh bersua muka.

Kononnya, ketika Sarimah sedang bersalaman dengan wakil media yang membuat liputan, Vernon pun turut berada di kawasan terbabit. Sebaik saja melihat Sarimah kian menghampiri tempat duduknya, si pengurus yang sentiasa tampil dengan gaya tersendiri itu dilihat memaling muka ke arah lain.

Hai, takkan sampai macam tu sekali? Cik Normah percaya, kalau mereka berdua tidak mempunyai apa-apa masalah, tentulah keadaan seperti ini tidak terjadi. Jadi, sebelum ia berlarutan dan menjadi lebih teruk, ada baiknya dua selebriti ini bersua muka, seterusnya menyelesaikan apa yang patut. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: