Thursday, April 16, 2009

Dengarnya...: Nabil kemalangan ketika balik kampung



NABIL ceria di samping buah hatinya, Irma Hasmie.

ALAHAI... kasihan Cik Normah mendengar berita awal pagi semalam mengenai nasib yang menimpa Bintang Paling Popular, siapa lagi kalau bukan Nabil Raja Lawak tu!

Memang Cik Normah masih belum dapat melupakan gelagat Nabil ketika menerima tiga trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) di Arena of Stars, Genting Highland, Ahad lalu. Memang lawak selamba yang membuatkan penonton tak kering gusi.

Macam-macam berlaku kepada anak muda ini. Apa tidaknya, di sebalik kegembiraan menerima tiga hadiah besar itu, dia kena leter daripada orang ramai gara-gara terpeluk Irma Hasmie yang dikatakan menjadi buah hatinya.

Bagaimanapun, baru tiga hari bergembira dengan tiga trofi yang dimenangi pada ABPBH 2008, Nabil khabarnya ditimpa kemalangan.

Hai macam mana boleh jadi macam itu Nabil? Adakah sebab pulang lewat dari ABPBH 2008, tempoh hari. Selepas itu kena pula menjawab berpuluh-puluh panggilan telefon hingga Nabil tak cukup tidur mengganggu tumpuannya ketika menunggang motosikal berkuasa besar yang kini menjadi kenderaan utamanya kalau nak ke mana-mana.

Rakan Cik Normah cuba menghubungi kekasih kepada Irma Hasmie tu, tapi tak berjawab. Dia turut menghubungi Latip, pengurus Nabil tapi Latip juga tak berjawab. Tapi khabarnya kecederaannya tidaklah teruk, mungkin luka-luka kecil saja.

Sama ada tidak cukup tidur atau terlajak tidur hingga membuatkan Nabil kelam kabut nak ke lokasi menyebabkan berlakunya kemalangan itu. Cik Normah pun tak pasti yang mana satu. Peminat Bintang Paling Popular itu janganlah bimbang, Nabil tidak cedera parah.

Barangkali inilah yang dikatakan dugaan. Setiap orang dugaannya berbeza-beza, Cik Normah yakin dengan adanya Irma di sisi pasti Nabil akan segera sembuh kerana adanya pembakar semangat.

Cik Normah berdoa semoga Nabil segera sembuhlah ya, kalau boleh banyak-banyakkan berehat. Kalau perlu berehat untuk jangka masa yang lama sikit pun tak ada salahnya, sebab setahu Cik Normah sejak keluar daripada Raja Lawak setahun lalu, Nabil tidak cukup rehat kerana banyak tawaran menjayakan filem dan pelbagai program. Hingga nak pulang ke kampung bertemu bonda tercinta, Mak Zah pun susah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: