Wednesday, April 22, 2009

Dengarnya...: Kegembiraan berganda bagi Azadan


NAMPAKNYA April menjadi bulan yang sungguh bermakna buat anggota kumpulan Rabbani. Baru-baru ini, kumpulan nasyid terbabit diumumkan pemenang Artis Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 buat kali kelapan berturut-turut.

Mana ada kumpulan nasyid lain yang berupaya mengekalkan status populariti mereka selama itu dalam sejarah ABPBH? Rabbani muncul satu-satunya kumpulan nasyid yang tidak pernah melepaskan trofi berkenaan ke tangan artis nasyid lain sejak ABPBH 2001. Sebelum itu, buat beberapa tahun rakan seperjuangan mereka, Raihan, yang mengungguli kategori terbabit.

Pada 18 April lalu pula, enam hari selepas menjulang trofi itu di hadapan 6,000 peminat di Arena of Stars, Cik Normah menerima SMS daripada seorang anggota kumpulan itu, Azadan, yang memberitahu isterinya selamat melahirkan seorang putera seberat 3.1 kilogram, jam 2.27 pagi hari berkenaan. Bayi terbabit selamat dilahirkan di sebuah pusat rawatan Islam di ibu kota.

Menjadi harapan Azadan, agar puteranya itu nanti membesar sebagai seorang insan yang beriman. Cik Normah turut memanjatkan doa semoga anak lelaki Azadan menjadi zuriat yang soleh serta mampu menghadirkan sinar lebih berseri dalam kehidupan Azadan sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: