Wednesday, April 1, 2009

Dengarnya...: Farawahida terus merajuk?


KEBELAKANGAN ini ramai yang tertanya-tanya pada Cik Normah, ke mana menghilangnya penyanyi Farawahida. Iyalah, apabila si komposer yang banyak membimbingnya iaitu Julfekar sudah memukul canang sana sini mengenai kehilangannya, takkanlah dia nak senyap begitu saja.

Cik Normah pun terfikir juga akan kebenaran perkara itu. Sampai bila Farawahida atau lebih mesra di kalangan teman Cik Normah dengan panggilan Fara ini nak mendiamkan diri?

Kawan Cik Normah yang solid molid itu memang menanti jawapan dari mulut Fara mengenai isu kehilangannya yang pernah dipaparkan dalam kolum Jawablah beberapa minggu lalu.

Mungkin Fara ingin mengambil sikap hanya ingin berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan tetapi jika dibiarkan perkara ini berterusan tidak mustahil ia akan berpanjangan. Bagi Cik Normah kalau boleh mahu Fara kembali ke dunia nyanyian sekali gus menjernihkan kembali hubungan yang khabarnya sudah tercalar.

Lagipun memang ramai hendak dengar sendiri pengakuan Fara betulkah dia pernah mengajak Julfekar kahwin dan gara-gara hasratnya itu ditolak, lalu Fara merajuk, dan membawa hati yang lara. Bagi Cik Normah, mudah saja, berani kerana benar.

Kalau betul Farawahida menghilangkan diri kerana masalah peribadi, harap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Cik Normah bukannya, sayang andai bakat yang ada itu disia-siakan semata-mata kerana masalah peribadi yang sebenarnya boleh diselesaikan. Lagipun, Cik Normah suka sangat dengan lagu Hilangkan Segala-galanya nyanyian Fara yang ada ketika mampu membuatkan air mata Cik Normah mengalir. Harap Fara dapat menimbangkan permintaan Cik Normah ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: