Wednesday, April 1, 2009

Dengarnya...: Kelebihan rapat dengan bos


TAK habis-habis dengan cerita pasal personaliti TV yang namanya semakin panas sejak dua kebelakangan ini. Cik Normah ingatkan cerita mengenai dirinya yang rapat dengan majikan itu sudah berakhir selepas dia membuat penafian, tetapi rupa-rupanya tidak. Baru-baru ini adalah telefon karat yang menelefon kawan Cik Normah untuk menyampaikan satu cerita yang lebih hangat daripada biasa.

Kononnya, orang yang menelefon itu mendakwa dia memang tahu sangat sejauh mana rapatnya personaliti TV dengan majikannya itu.

Ceritanya lagi pada teman Cik Normah, setiap kali apabila ada tugasan di luar negara, memang si personaliti itu akan diberi keutamaan.

Kalau nama orang lain yang dilihat dalam borang itu, katanya memang liat si bos ini mahu meluluskannya. Tetapi kalau yang dilihatnya nama si personaliti ini, cepat saja dia bersetuju.

Nampak sangat pilih kasih. Kalau betullah apa yang dikatakan si telefon karat ini, Cik Normah rasa memang tak adil. Tapi iyalah, apa nak buat. Pendam dalam hati saja.

Punyalah ramai anak buah, takkan muka yang sama di hantar ke luar negara. Lainlah kalau mereka berdua memang ada hubungan. Oops! Cik Normah tak mahu bersangka tak elok pula. Mungkin sebab si personaliti pandai buat kerja membuatkan majikannya sayang sangat kepadanya dan tugasan ke luar negara yang kerap itu adalah hadiah atas semua sumbangannya kepada syarikat.

Bagi Cik Normah, hasil kerja personaliti TV ini tidaklah bagus mana pun. Nampak hendak bergaya saja yang lebih dan cerita yang ditunjukkan pula macam orang pergi makan angin saja.

Macam mana pun, Cik Normah ada dinasihatkan oleh rakan setugas yang lebih senior, janganlah nak tulis berlebih-lebihan pasal mana-mana personaliti TV. Jangan terpedaya dengan kecantikan mereka, sedangkan apalah sangat sumbangan personaliti itu kepada industri penyiaran dan hiburan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: