Tuesday, April 7, 2009

Dengarnya...: Dia kekasih artis terkenal


SELEPAS diamati dengan renungan mata Cik Normah yang tajam lagi berbisa dan juga cantik ini, Cik Normah tiba-tiba dapat cerita yang mungkin orang lain tak akan tahu.

Cik Normah nak beritahu mengenai seorang peserta program pencarian bakat nyanyian yang sudah bertahun diadakan adalah seorang kekasih hati kepada artis terkenal tanah air.

Tak syak lagi, memang betul peserta wanita yang cukup jelita itu adalah cinta hati kepada seorang artis. Cik Normah malas nak spesifikkan sama ada artis itu penyanyi atau pelakon. Biarlah ia tergantung dan kalau engkau orang bijak cari sendiri. Cinta mereka sudah lama bertahan, malahan artis itu juga tak berahsia mengenai perihal cintanya.

Nampaknya, kekasihnya pun nak ikut jejak dia nak jadi terkenal. Cik Normah tak nafikan dengan kecantikan dan kejelitaan wajahnya, pasti ada yang akan terpesona. Harapnya kekasihnya tidak akan cepat melupakan artis itu. Cik Normah tengok pun mereka memang sepadan biarpun ada halangan yang tak boleh Cik Normah sebutkan di sini.

Mesti lepas ini, si artis itu akan sedia mengundi kekasihnya. Iyalah demi cinta, pasti lautan api sanggup direnangi. Apa-apa pun Cik Normah doakan kekasihnya akan berjaya di dalam pertandingan itu. Harap suaranya seindah rupanya. Dengan wajahnya yang fotogenik dan andai diiringi bakat, Cik Normah percaya dia boleh pergi jauh. Mana tahu lepas ini boleh berduet pula dengan artis itu dalam sebuah lagu. Jangan lepas ini tak mengaku sudahlah semata-mata nak jaga undi supaya tidak pecah. Yelah, manalah tahu tiba-tiba mengaku bercinta, jatuh saham pula kan!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: