CIK Normah dan beberapa rakan setugas sudah tak sabar lagi nak pergi bercuti selepas selesai ABPBH 2008 pada 12 April ini. Selain dengan rutin kerja harian, masing-masing sudah berasa keletihan sebab lebih dua bulan terbabit dengan macam-macam aktiviti ABPBH seperti jelajah promosi di enam lokasi pada setiap hujung minggu bermula Februari lalu.
Dalam berkira-kira memilih destinasi percutian, Cik Normah tak sabar nak melaram busana Sentuhan Tenun pada malam itu nanti.
Cik Normah ada dua pilihan sama ada mahu memakai baju songket tradisional potongan mengikut bentuk badan atau pun rekaan kontemporari gaun labuh moden.
Lalu, kepada yang nak lihat macam mana gaya Cik Normah ketika itu, tunggu ya. Oklah sebelum Cik Normah melalut lagi, Cik Normah nak kongsi cerita mengenai gelagat sebuah stesen TV yang menganjurkan sebuah program realiti. Apabila diingatkan kembali, rasa nak tergelak jugalah.
Program realiti dikendalikan oleh dua pengacara. Seorang daripadanya seorang selebriti lelaki. Cik Normah dimaklumkan selebriti lelaki itu hanya diberi mandat menyediakan skrip program itu saja.
Alih-alih, selebriti lelaki itu ‘dipaksa’ seperti hukuman mandatori tanpa boleh dielak langsung untuk memikul tugas sebagai pengacara juga. Tak dinafikan selebriti lelaki itu berbakat juga sebagai pengacara sebab mulutnya memang cakap tak berhenti-henti.
Cuma, cara stesen TV itu memang nampak macam tak kena seperti memaksa, tapi disebabkan mengenangkan stesen TV itu yang pernah menaikkan namanya, lalu si selebriti lelaki itu pun menerima tawaran tugas bergandanya dengan tangan terbuka.
Tak apalah, kalau sudah namanya rezeki terimalah. Buat musuh jangan sekali, buat kawan dipersilakan!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: