PELBAGAI program menarik disiarkan menerusi saluran Hallmark (Astro saluran 702) sepanjang minggu ini. Ia bermula dengan drama bersiri Merlin Season 1: Episod 7 (The Gates of Avalon) yang disiarkan hari ini, jam 9 malam.
Dalam episod kali ini, Morgana mengalami mimpi menakutkan. Dia bermimpi kematian Arthur disebabkan kehadiran seorang perempuan cantik. Morgana tidak faham apa sebenarnya maksud mimpi itu. Sejak mimpi itu, dia mengalami beberapa kejadian pelik.
Pada 11 April, jam 9 malam, saluran Hallmark menyiarkan telefilem berjudul The Curse of King Tut’s Tom B (Bahagian 1). Ceritanya bermula beribu tahun lalu, ketika pemerintahan cicit Raja Tutankhamen. Tidak banyak yang diketahui mengenai raja ini. Misteri kematiannya cuba dibongkar oleh pakar arkeologi, Danny Fremont.
Saluran Hallmark juga turut menyiarkan filem secara berterusan atau maraton pada 10 April ini, bermula jam 10 pagi. Ia bermula dengan filem Angel in The Family, diikuti filem Love’s Enduring (jam 12 tengah hari), The Maldonado Miracle (2 petang) dan Though None Go With Me (4 petang).
Pada 12 April, jam 6 petang disiarkan pula siri istimewa Jane Doe: Yes, I Remember It Well. Dalam siri ini, seorang pakar sakit jiwa terkenal mempunyai senarai nama ejen sulit asing di Timur Tengah dipaksa memberikan maklumat itu kepada kumpulan penculik kecuali sejumlah wang tebusan diberikan kepada mereka dalam tempoh 24 jam.
Selain filem dan drama bersiri, saluran Hallmark juga akan mula menyiarkan program bual bicara popular iaitu Oprah Winfrey Show untuk musim baru.
Seterusnya, penonton saluran ini akan dihiburkan dengan Celine Dion yang beramah mesra bersama-sama kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi Miracle Children with Celine Dion pada 12 April, jam 8 malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: