PASANGAN pengantin yang hangat diperkatakan, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai tidak akan berada di India pada hari ulang tahun perkahwinan kedua mereka. Mereka dikatakan mengambil cuti selama seminggu ke satu destinasi yang tidak didedahkan.
“Tahun lepas, mereka raikan bersama-sama di Miami kerana pada masa itu Abhishek berlakon dan Aishwarya pula ke sana. Tahun ini, walaupun mereka sibuk berlakon dengan filem masing-masing tetapi pasti tetap bersama,” kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.
Tambah sumber itu, mereka juga sudah berbincang dengan penerbit masing-masing untuk menyelesaikan penggambaran lebih awal agar dapat bercuti bersama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: