Monday, April 27, 2009

Buka 26 cawangan dalam lima tahun



Saba Islamic Media Sdn Bhd (Saba Islamic Media) merancang memperluaskan rangkaian dengan membuka antara 13 sehingga 26 cawangan berdasarkan pelan perniagaannya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Sabariah Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan setiap negeri mempunyai antara dua dan tiga cawangan.

Menurutnya, syarikat ketika ini mempunyai lima premis iaitu dua di Kuala Lumpur, satu di Shah Alam dan satu di Kuantan, manakala satu lagi cawangan di Jakarta, Indonesia.

“Terdapat perbincangan bersama bakal francaisi yang berpotensi di Johor Bahru, Negeri Sembilan dan beberapa bahagian lain di Malaysia.

“Pada masa ini, kami mempunyai dua kontrak bagi pemegang francais di Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing dijangka mula beroperasi menjelang Ogos ini,” katanya selepas melancarkan buku Between Islamic Banking and The Gold Dinar di Kuala Lumpur.

Sabariah berkata, pakej lengkap francais bagi setiap cawangan membabitkan kos sebanyak RM250,000 merangkumi premis, kemudahan dan stok.

Berhubung buku yang dilancarkan, beliau memberitahu bahawa sasaran jualan adalah minimum 10,000 naskhah dalam tempoh dua tahun.

“Kami merancang menerbitkan buku ini bagi versi Bahasa Malaysia dalam tempoh tiga bulan kerana mahu mengembangkan sasaran pembaca yang mahu mengetahui tentang dinar emas,” katanya.

Buku Between Islamic Banking and The Gold Dinar adalah tulisan Nik Mahani Mohamed, akauntan yang terbabit dalam perbankan Islam sepanjang kerjayanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: