Monday, April 27, 2009
Warga Afrika mengamuk serang penduduk
DAMANSARA - Hanya kerana berebut siaran televisyen di sebuah restoran di sini, sekumpulan warga Afrika yang tidak berpuas hati menyerang kumpulan penduduk tempatan yang sedang menjamu selera, di Rumah Pangsa Desa Aman Puri 1 di sini, semalam. :
:Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, insiden difahamkan bermula apabila kumpulan ini mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.
:Kemudiannya ‘gagak hitam’ ini membelasah secara rambang beberapa pengunjung sebelum melarikan diri setelah melihat bilangan penduduk tempatan yang membantu semakin ramai.
:Tidak puas hati dengan kejadian itu, mereka kembali dengan jumlah sekitar 50 orang dan membelasah dua penduduk secara membuta tuli menggunakan parang, kayu dan juga serpihan botol serta membaling batu dan memecahkan cermin empat kereta.
:Sumber berkata, puluhan penduduk yang berkumpul kemudiannya bertindak mengejar kumpulan warga Afrika itu menyebabkan dua daripada mereka cedera.:
:Keadaan yang berlarutan selama beberapa jam dan bertambah tegang apabila ratusan penduduk yang tidak berpuas hati bertindak menutup semua laluan masuk bagi menanti kumpulan warga Afrika.
:Bagaimanapun lebih kurang setengah jam kemudian, lebih 40 anggota polis lengkap beruniform tiba mengawal keadaan dan mengarahkan kumpulan penduduk beredar.
:Keadaan mulai tenang kira-kira jam tiga.
:“Polis melakukan beberapa sekatan jalan bagi mengelakkan insiden lebih buruk berterusan,” katanya.
:Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan melaporkan tiga lelaki Afrika ditahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: