![]() |
| RITA dan suaminya Aidil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar pengesahan pendaftaran nikah mereka semalam. |
![]() |
| KERATAN Kosmo! 18 Disember 2008 lalu. |
KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini yang hamil enam bulan bersama suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak gembira apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memutuskan pernikahan mereka di Songkhla, Thailad pada 25 Februari 2008 sah di sisi hukum syarak.
Bagaimanapun, Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan mereka secepat mungkin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).
Beliau mengesahkan pernikahan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 setelah berpuas hati dengan segala dokumen yang dilampirkan sebagai bukti pernikahan.
Antara dokumen tersebut ialah surat nikah dari wilayah Songkhla, surat pengesahan Konsulat Jeneral Malaysia di daerah itu serta pengesahan pasport mereka bertarikh 25 Februari 2008.
Rita, 33, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohamed @ Mokhtar dan suaminya, Aidil, 22, yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan memasuki kamar hakim bersama peguam syarie, Boestamam Ahmad untuk mendengar sebutan permohonan pengesahan pernikahan itu.
Setengah jam kemudian, Rita dan Aidil keluar sambil menyatakan rasa syukur dan lega kerana semuanya telah selesai dan hanya menunggu arahan mahkamah untuk mendaftarkan pernikahan tersebut.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: