Monday, April 20, 2009

Gwyneth kutuk bekas sahabat


FOTO ini membuktikan Gwyneth dan Winona pernah menjalinkan persahabatan suatu ketika dahulu.


BERBAHAYA dan beracun! Itu label yang diberikan oleh Gwyneth Paltrow terhadap seorang bekas sahabat baiknya.

Tidak menyebutkan nama bekas rakan rapatnya itu, Gwyneth bagaimanapun melahirkan perasaan lega kerana dia kini bebas daripada cengkaman individu itu.

Gwyneth menulis dalam blog peribadinya, GOOP yang berbunyi: "Suatu masa dulu, saya ada seorang kawan yang makan kawan, yang berpura-pura baik di depan saya, tetapi di belakang saya dia menikam saya dan mahu memusnahkan hidup saya.

"Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat saya menderita. Saya memang sangat kecewa, marah dan segala macam perasaan lagi apabila seorang yang anda percaya sebagai sahabat baik sebenarnya sangat berbahaya dan beracun."

Gwyneth yang kini hidup bahagia bersama suami, vokalis Coldplay Chris Martin dan dua anak mereka, Apple, 4, dan Moses, 2, mengakui berasa sangat lega dan gembira apabila bekas rakannya itu ditimpa malang.

Tambahnya: "Apabila suatu hari saya mendengar dia ditimpa sesuatu yang malang dan memalukan, reaksi saya adalah berasa lega dan gembira."

Biarpun tidak menyebut siapakah nama bekas sahabatnya itu, namun penulis laman web gosip selebriti, Just Jared mendakwa individu yang dimaksudkan Gwyneth ialah aktres Winona Ryder yang ditahan atas tuduhan mencuri di Beverly Hills pada tahun 2001.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: