Sunday, April 12, 2009

Awal tak tolak cinta janda




DIA lebih senang melakukan kerja pengacaraan. “Pengacaraan adalah jiwa saya,” katanya yang bagaimanapun tidak menolak untuk bergelumang sebagai seorang pelakon bagi memenuhi tuntutan peminat selain kerinduannya untuk berada di lokasi.

Namun, dalam lapangan apa pun dia berada, Awal tetap tumbuh tinggi. Dia kini sedang menggalas tanggungjawab mengendalikan rancangan tiga tahunnya, One In A Million (OAIM).




Awal memberitahu pertarungan musim baru ini lebih mengujakan kerana khalayak sudah mula mengambil peduli tentang program realiti tersebut.

“Bila saya bertemu orang, sudah mula ada yang bertanya tentang siapa yang akan keluar pada minggu depan? Sebagai hos, saya bangga kerana orang telah menerima OAIM dengan baik.

“Hal yang paling saya banggakan mengenai OIAM ialah ia mencungkil bakat sebenar generasi baru yang berkualiti untuk menampung permintaan industri hiburan kita,” ulasnya yang juga mengendalikan program Generasi XY di RTM serta sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: