
DISEBABKAN kekasihnya disahkan tidak mengandung, Andy Lau dilaporkan telah membatalkan majlis perkahwinannya. Kekasih Andy, Carol Zhu Liqian merupakan seorang warga Malaysia.
Perkahwinan itu dijadual berlangsung di Malaysia pada hari jadi Andy yang ke-43 iaitu pada 6 April ini setelah Andy mendapat khabar bahawa Carol sudah hamil.
Namun, Carol dikatakan sebenarnya telah tersilap mengenai fakta kehamilannya itu. Menurut sumber: "Ketika selesai konsertnya di Guangzhou baru-baru ini, Andy telah ditanya mengenai kebenaran dia akan melangsungkan perkahwinan pada 6 April ini. Andy bagaimanapun hanya menggelengkan kepalanya sebagai isyarat perkahwinan tersebut telah dibatalkan."
Namun, sumber tersebut juga membuat spekulasi berkemungkinan Andy sengaja berbuat begitu bagi mengelakkan gangguan media.
Andy dan Carol sebenarnya telah bercinta secara rahsia selama 24 tahun bagi memastikan populariti Andy sebagai bintang terkenal Hong Kong berkekalan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: