
JOLIN TSAI (kiri) dan ETHAN RUAN
MENYEMARAKKAN kemunculan album terbarunya, Flower Butterfly, penyanyi terkenal Taiwan, Jolin Tsai mengundang pelakon kacak, Ethan Ruan sebagai bintang undangan untuk klip video salah satu lagu daripada album itu, Give In.
Namun, pihak pengurusan Jolin pada mulanya risau Ethan tidak serasi dengan Jolin, walaupun mereka pernah berkolaborasi dalam iklan permainan video lima tahun lalu.
Ternyata Jolin dan Ethan boleh berkerjasama dengan baik. "Saya merasakan Ethan lebih tinggi dan kacak berbanding lima tahun lalu," ulas Jolin mengenai Ethan.
Mengenai Jolin pula, Ethan berkata, "Saya bersetuju untuk muncul dalam klip video lagu Give In bukan sahaja kerana menyukai lagunya, tetapi sudah tentu kerana penyanyinya."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: