Bintang filem Ketika Cinta Bertasbih, Alice Norin mengaku menduakan suaminya DJ Riri. Alice mengaku sempat punya hubungan cinta selama dua bulan dengan Agus Laksmono Sudikatmono, anak seorang pengusaha terkenal.
Walaupun hubungan terlarang itu hanya berlaku dua bulan, Alice tetap mengaku perbuatannya adalah salah dan memohon maaf daripada suaminya. Namun yang menariknya, Alice tidak pernah bertemu dengan kekasih gelapnya itu, hanya berhubung melalui telefon dan sms. Mengakui mereka pernah bertemu beberapa kali di beberapa acara rasmi tapi tidak pernah keluar berdua-duaan. Alice bersyukur kerana cepat sedar daripada kesalahan dan hubungan tersebut belum ke tahap yang lebih serius.
Menyesal dengan perbuatannya, Alice berharap mendapat kemaafan daripada suami tercinta walaupun kemaafan tersebut memerlukan waktu yang lama untuk diperolehnya.
Bagi membuktikan penyesalannya, Alice ingin mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan lebih masanya untuk rumah tangga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: