Bintang sinetron Nikita Willy yang kini sedang popular mampu tersenyum puas apabila hasil titik peluhnya selama ini dia berhasil melengkapkan keretanya dengan aksesori mewah.
Namun kegembiraan bintang berusia 14 tahun itu tidak berkekalan apabila aksesori yang dipasang di keretanya dilarikan pencuri pada malam 14 april lalu.
Kereta tersebut diletakkan di hadapan rumahnya di Pondok Gede, Bekasi.
Kejadian tersebut disedari oleh pembantu rumahnya yang melihat cermin di bahagian pemandu terbuka dan sebahagian papan pemuka kereta rosak teruk. Antara barang yang dilarikan ialah tiga buah LCD tv dan sepasang alat audio yang dipasang di papan pemuka dan di kerusi keretanya.
Pencuri didakwa melompat pagar dan mencungkil kereta Nikita serta melarikan barang-barang tersebut. Semasa kejadian, rumah hanya dihuni oleh ibu bapanya, Nikita, adiknya dan dua orang pembantu.
Menyesali kejadian tersebut Nikita mengakui trauma kerana barang-barang tersebut adalah hasil keringatnya selama ini. Namun dia menganggapnya sebagai ada hikmah di sebaliknya.
Kini Nikita ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Ujian Nasional yang bakal didudukinya akhir April nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: