Kasih ibu membawa ke syurga. Ungkapan ini tidak membawa apa-apa erti pada Julia Perez atau Jupe. Meskipun ibunya, Sri Wulansari tidak merestui hubungannya dengan seorang bintang bola sepak Gaston Castano, Jupe tetap mahu meneruskan pernikahannya dengan pemuda itu.
Jupe dikatakan telah memesan tiga pasang gaun pengantin dan bakal melangsungkan perkahwinannya di tepi pantai Pulau Bali pada pertengahan tahun ini.
Sri Wulan mengakui Jupe merupakan puteri kesayangannya, namun pernikahan ini tidak akan mendapat restunya dan beliau tidak akan hadir di majlis itu nanti.
Sri Wulan masih berharap rumahtangga Jupe dan suaminya Damien Perez bakal bertahan. Namun Jupe telahpun menuntut cerai melalui peguamnya terhadap Damien yang merupakan seorang warga Perancis.
Bagi ibunya, perkahwinan Jupe ini terlalu cepat berlaku dan bimbang rumah tangga ini tidak akan berkekalan. Sri Wulan juga tidak menyukai karier Gaston sebagai pemain bola sepak. Sejarah silam Sri Wulan bersama bapa Jupe seorang pemain bola sepak nasional mengukuhkan lagi perasaan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: