Ahmad Dhani pernah menimbulkan kontroversi apabila menyanyikan semula lagu Madu Tiga yang nyanyian asalnya oleh Tan Sri P. Ramlee. Ahmad Dhani dituduh cuba menaikkan semangat lelaki Indonesia untuk berpoligami. Menafikan tuduhan tersebut dan menganggap lagu tersebut mempunyai mutu yang tinggi dan lagu itu hanyalah sekadar hiburan.
Kini Ahmad Dhani muncul lagi dengan ilham seni yang bertemakan lelaki, Penubuhan sebuah band yang bernama The Lucky Laki Band.
Band ini dianggotai oleh tiga kanak-kanak iaitu Ahmad Al Gazali (Al), El Jalaludin Rumi (El) dan Ahmad abdul Qodir (Dul). Al, El dan Dul merupakan putera Ahmad Dhani bersama bekas isterinya Maia Estianty.
Al, El dan Dul bernyanyi sambil bermain alat muzik. Al bermain gitar, El bermain deram dan Dul bermain bas. Buat masa sekarang ketiga-tiga mereka menjadi vokalis kumpulan tersebut dan bernyanyi bersama-sama. Lagu popular mereka ialah Superman yang dicipta oleh Ahmad Dhani sendiri.
Menurut Dhani, dia tidak akan memaksa putera-puteranya melibatkan diri dalam bidang seni jika mereka tidak berminat. Namun anak-anaknya menunjukkan bakat yang besar dalam bidang ini.
Maia Estianty yang merupakan ibu kepada Al, El dan Dul juga turut berbangga dengan anak-anaknya malah berjanji akan menciptakan lagu untuk mereka nanti.
Aku minat bangat deh sama Lucky Laki terutamanya si Al dia itu ganteng bangat deh tapi bisa ngak aku jadi teman lo klu ngak bisa ngak mengapa si tapi kot ramai bangat deh yg mau jadi in cewek lo Al emangnya lo udah ada yg punya kan ya nanti cewek lo marah bangat.
ReplyDelete