Wednesday, July 13, 2011

Zurina giat berlatih buat biskut di rumah




SHAH ALAM - Sentiasa berlatih membuat biskut di rumah merupakan persediaan yang dibuat oleh seorang peserta akhir Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi Zon Tengah kategori biskut.

Zurina Sahari (gambar), 39, dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang berkata, dia masih berusaha membuat biskut Kerisik Badam Daisy ciptaannya di rumah dan menepati tempoh masa dua jam yang diberikan oleh pihak penganjur.

"Saya berdebar menanti cabaran akhir nanti sebab perlu mempamerkan kebolehan diri di depan orang ramai kerana ia akan dimasak secara langsung di tempat pertandingan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zurina yang menjalankan perniagaan kek dan biskut secara dalam talian memberitahu, dia masih memikirkan tentang hiasan untuk diletakkan di atas biskutnya bagi menarik minat juri.




"Idea selalunya datang pada saat-saat akhir sama seperti biskut kerisik badam ciptaan saya ini ketika memasuki peringkat saringan dulu," katanya.

Menyentuh pertandingan akhir nanti, dia berharap akan menang dalam kategori biskut namun jika tidak berjaya, dia akan menjadikannya sebagai pengalaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: