BEKAS teman lelaki Vanessa Hudgens, Zac Efron kelihatan gembira menghabiskan masa santainya dengan membeli-belah di Studio City, California, Selasa lalu.
Pelakon utama High School Musical itu membawa telefon bimbit iPhone4 di tangannya sambil menyertai kawan-kawannya termasuk pelakon Rumer Willis menuju ke kedai Urban Outfitters.
Sebelum ini, Zac dikhabarkan berada di pantai Malibu bagi menyambut sambutan hari jadi Ashley Tisdale yang ke-26.
Menggendong Ashley yang juga pelakon siri High School Musical itu di belakang badannya, kedua-dua teman rapat itu bersuka ria berpesta di pantai yang menyebabkan khabar angin segera bertiup kencang bahawa mereka sedang dilamun cinta.
Ekoran gosip di tabloid yang telah menyiarkan gambarnya bersama Zac itu, Ashley telah menulis di laman sosial twitter miliknya yang berbunyi, "Jangan percaya dengan semua gambar-gambar yang disiarkan. Mereka sengaja mereka perkara itu bagi melariskan jualan! Saya gembira menyambut sambutan hari jadi yang hebat di samping teman-teman, keluarga dan teman lelaki saya, Scott. Saya tidak akan membiarkan gosip bodoh ini merosakkan apa yang saya miliki! Xoxo."
Sumber turut memberitahu, sedang dia gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-26, Ashley dikejutkan dengan kehadiran Zac.
Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya dengan kehadiran pelakon kacak itu, Ashley juga menghantar tweet kemudiannya yang berbunyi: "Saya sangat gembira dengan kehadiran Zac. Dia merupakan abang dan rakan baik saya!".
Ashley juga berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang menghantar ucapan Selamat Hari Jadi. Tulisnya lagi di Twitter: "Terima kasih kepada semua peminat yang menghantar ucapan. Anda yang terbaik. Saya sayang anda semua!".
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: