Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menjalin usaha sama dengan pengedar bebas komponen elektronik, World Micro Inc. yang berpusat di Amerika Syarikat, dalam menjadikan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sebagai pusat luar negara pertama World Micro di Pulau Pinang.
Presiden merangkap pengasas bersamanya, Dan Ellsworth berkata, penglibatan World Micro dalam NCER antara lain meliputi pindahan pengesanan tiruan dan set kemahiran penurunan, amalan dan piawaian terbaik kepada sektor Elektrik & Elektronik (E&E) NCER.
Beliau menyifatkan syarikatnya membuat keputusan bijak dengan memilih NCER sebagai pusat luar negara pertama berdasarkan keteguhan dan keunikan ekosistem E&E serta rekod prestasi 40 tahun.
“Kami melihat untuk menjalinkan usaha sama jangka panjang dengan NCIA dan tertarik dengan rekod prestasi yang ditunjukkan oleh NCIA dan NCER. Usaha sama ini juga dapat membantu Malaysia menjadi negara yang selamat daripada barangan tiruan dan pusat pembuatan elektronik,” katanya pada sidang media pemeteraian usaha sama antara NCIA dan NCER, di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Tambahnya, Pulau Pinang dipilih sebagai pusat utama di rantau Asia Pasifik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: