Wednesday, July 13, 2011

TH Properties sumbang program pendidikan

Kumpulan Syarikat TH Properties telah menghulurkan sumbangan RM36,000 bagi menjayakan program penyediaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA.

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Nur Adlan Taib berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian inisiatif “Educare@Enstek” TH Properties yang menyasarkan peningkatan kecemerlangan pendidikan dalam pelajar sekolah di persekitaran Bandar Enstek yang dimajukan oleh TH Properties.

“Sebagai syarikat yang prihatin, TH Properties mengambil berat bukan sahaja terhadap pembangunan fizikal seperti perumahan dan jalan raya, malah pembangunan masyarakat setempat,” katanya.

Cek bernilai RM24,000 dan RM12,000 yang disampaikan melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Kompleks KLIA dan SK Kompleks KLIA, itu memberi manfaat kepada 750 pelajar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: