|
|
GEORGE TOWN - Aktiviti memproses ubat-ubatan tradisional termasuk perangsang seks secara haram di sebuah premis di Jalan Pintal Tali, di sini terbongkar selepas serbuan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Dalam operasi Ops Ubat yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang itu, sebanyak 15 jenis ubat bernilai RM150,000 yang dibekalkan di premis lebih 10 tahun lalu itu didapati tidak berdaftar dengan KKM serta tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Malah ketika serbuan, kelihatan ubat-ubatan yang belum dibungkus dibiarkan terdedah manakala kawasan persekitaran di dalam premis kotor dan tidak teratur.
Timbalan Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Farmasi Cawangan negeri, Mokhtar Abdullah berkata, intipan dilakukan sejak sebulan lalu termasuk di pasar-pasar yang menjual produk syarikat berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: