|
|
LONDON - Bintang filem Harry Potter, Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson melabur lebih satu per tiga sumber kekayaan bersama untuk membeli rumah di New York, United Kingdom dan Alps.
Menurut analisis laman web hartanah, PrimeLocation.com, mereka membelanjakan 24.5 juta pound (RM118.5 juta) dari 85 juta pound (RM411.2 juta) hasil kolektif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dengan kutipan AS$480 juta (RM1.4 bilion) bagi filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II pada minggu pertama tayangan sahaja, mereka pasti memperoleh lebih banyak wang tunai untuk dibelanjakan.
Radcliffe, 21, mempunyai portfolio hartanah 11.2 juta pound (RM54.2 juta) iaitu rumah emper menghadap sungai Hudsen di TriBeCa bernilai 3.5 juta pound (RM17 juta), rumah bandar di Greenwich Village bernilai 4 juta pound (RM19.3 juta) dan pangsapuri di SoHo's Mercer Street bernilai 3 juta pound (RM14.5 juta).
Selain itu, dia juga membeli sebuah flat berhampiran rumah keluarganya di Fulham bernilai 730,000 pound (RM3.5 juta).
Grint (Ron Weasley), 22, pula menetap berhampiran kampung halamannya di Watton-at-Stone dan mempunyai portfolio hartanah di Hertfordshire berjumlah 5.4 juta pound (RM26.1 juta) iaitu sebuah rumah bernilai 3.35 pound (RM16.2 juta) serta harta berkembar bernilai 495,000 pound (RM2.4 juta).
Manakala Watson, 21, duta fesyen Burbery membeli calet di Meribel, French Alps bernilai 1 juta pound (RM4.8 juta) dan rumah bandar di Hampstead bernilai 3 juta pound (RM14.5 juta).
"Jika Emma mahu dikelilingi tarikan lebih kreatif, dia perlu pilih tempat lebih sesuai, bukan di Hampstead," kata pengarah agen hartanah Home Fusion.
Seorang pakar hartanah dari P&V Property Investments Perancis memberitahu, membeli hartanah di French Alps adalah satu tindakan yang baik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: