HARI Raya Aidilfitri tahun ini bakal menjelang dalam masa dua bulan sahaja lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk membeli sama ada sebuah Proton Saga 1.3 atau Perodua Viva yang baru, motosikal Naza NZ125R, sebuah televisyen LCD atau menyarungkan baju raya fabrik eksklusif dan baju kurung jenama Aalia Donna.
Semua keinginan itu mungkin menjadi realiti bagi pelanggan yang menyertai promosi hebat Beli dan Menang anjuran Euro Moda dan Gulati’s yang menawarkan hadiah-hadiah berkenaan kepada pelanggannya yang membuat pembelian RM150 ke atas di gedung-gedung mereka di seluruh negara.
Pengarah Eksekutif Kumpulan syarikat Euro Moda, Jasleen Kaur berkata, promosi Beli dan Menang diadakan untuk meraikan pelanggan-pelanggan setia yang memberikan sokongan kepada gedung fabrik nombor satu negara itu.
“Cabutan pertama akan diadakan pada bulan Ogos ini sebelum hari raya. Ia adalah salah satu cara Euro Moda dan Gulati’s memberikan sumbangan kepada pelanggannya untuk memastikan sambutan hari raya tahun ini lebih bermakna,” katanya.
Menurut beliau, sempena jualan hebat praraya itu, fabrik-fabrik bermutu dari luar negara boleh didapati pada diskaun sehingga 88 peratus.
“Pelbagai pilihan fabrik polos, bercorak dan renda yang direka khas daripada jenama terkemuka seperti Valentino, Ungaro, Roberto Cavalli, Solstiss dan Sophie Hallette ditawarkan di gedung-gedung Gulati’s.
“Terdapat lebih 2,000 corak kain renda yang boleh dipilih dengan pelbagai pilihan warna yang menambat hati,” kata Jasleen.
Kain kapas
Tambah Jasleen, penggemar kain kapas pula berpeluang mendapatkan fabrik Italian Viscose Cotton yang dahulunya dijual pada harga RM198 sepasang tetapi kini ditawarkan pada harga hanya RM148 melalui jualan hebat beli satu percuma satu.
“Selain itu, Italian Silks yang menjadi kegemaran pelanggan-pelanggan Euro Moda dan Gulati’s boleh didapati pada harga serendah RM250 sepasang.
“Bersempena dengan jualan besar-besaran ini, Euro Moda dan Gulati’s memperkenalkan Opal Brasso dan French Crepe Digital Prints yang merupakan koleksi terbaharu musim perayaan untuk tahun 2011 pada harga minimum sebanyak RM100 sahaja,” katanya.
Sementara itu, terdapat banyak lagi fabrik-fabrik bersulam manik yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan di kesemua 17 cawangan Euro Moda dan Gulati’s di seluruh negara.
Tidak ketinggalan adalah pilihan fabrik untuk lelaki yang menawarkan lebih daripada 1,000 pilihan warna yang menarik, manakala untuk fabrik batik dan baju Melayu, harga yang ditawarkan amat rendah.
Pelanggan juga boleh mendapatkan fabrik berjenama untuk baju Melayu seperti Valentizo dan Roberta Cavalli pada harga serendah RM33 semeter.
Penampilan itu dilengkapkan lagi dengan sampin songket pada harga serendah RM158 sehelai. Sampin songket Terengganu yang eksklusif juga ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Bagi penggemar kain linen, dapatkan koleksi kain Linen Club dari Itali seperti linen polos yang sebelum ini dijual pada harga RM150 semeter tetap kini dijual hanya pada harga RM78 semeter.
Penggemar tudung dan selendang pula boleh berkunjung ke Butik Aalia, galeri muslimah yang menampilkan tudung dan selendang rekaan terbaharu yang boleh didapati pada harga RM100 sahaja untuk lima helai.
Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk tudung dan selendang eksklusif yang direka khas oleh Euro Moda dan Gulati’s. Lebih menarik, tudung percuma turut diberikan dengan pembelian fabrik- fabrik terpilih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: