Sunday, July 10, 2011

T-ara jelas konsep retro




Ketua kumpulan T-ara, Hyomin baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka tidak meniru mana-mana konsep retro daripada mana-mana kumpulan lain terutamanya Wonder Girls yang pernah mempopularkan imej berkenaan di awal kemunculan mereka.

Kata Hyomin, apa yang ditonjolkan oleh T-ara merupakan imej retro yang biasa dipakai semasa zaman kegemilangan era tersebut selain mencampurkannya sedikit dengan elemen retro gaya Korea.

"Saya percaya rata-rata kumpulan Kpop lain akan merasa muak dengan imej begini. Lagipun susah nak kekalkan imej retro kerana ia meremehkan.

"Tapi antara kami dan Wonder Girls adalah berbeza. Wonder Girls banyak menggunakan imej retro Afrika Selatan manakala kami retro Korea Selatan.

"Ini adalah apa yang dipakai oleh ibu bapa kami di zaman remaja mereka. Jelasnya, kami tak meniru kumpulan lain kerana masing-masing membawa identiti berbeza, " katanya.

Bagaimanapun, menurut Hyomin, mereka banyak menerima komen yang positif daripada peminat terutama warga emas kerana bagi mereka, T-ara telah mengembalikan kenangan retro masa muda mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: