![]() |
| Sukri Omar (belakang, tengah) bersama juara koir dari SMK Yahya Petra 1 pada Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Kota Bharu, semalam. |
KOTA BHARU 19 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yahya Petra I di sini muncul juara buat kali keempat berturut-turut Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Kelantan 2011 yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina di sini, hari ini.
Pasukan bimbingan Yusri Abdul Hamid itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, sijil dan piala pusingan serta akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Tempat kedua dimenangi oleh SMK Hamzah, Machang dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan piala. Manakala SMK Tanah Merah I di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM500, sijil serta piala.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan, Sukri Omar mewakili Pengarahnya, Abdul Hadi Mohd. Salleh.
Sebanyak enam pasukan menyertai pertandingan tersebut dengan setiap pasukan diwajibkan disertai oleh pelajar pelbagai kaum.
Sementara itu, Sukri dalam ucapannya berkata, pertandingan tersebut merupakan salah satu program untuk merapatkan hubungan antara kaum.
"Hari ini, kita melihat setiap kumpulan disertai oleh pelbagai kaum, di sini kita dapat bersatu untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada semua yang hadir.
"Perpaduan seperti ini wajar dijadikan contoh dan dikekalkan dalam dunia realiti bagi merealisasikan hasrat 1Malaysia," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: