TERKINI...Rebecca Black kembali dengan single keduanya My Moment.
DIA mencetuskan sensasi di Internet apabila single Friday nyanyiannya menjadi hit dengan anggaran 167 juta penonton menyaksikannya di YouTube.
Penyanyi berusia 14 tahun itu berharap dia akan mencetuskan sensasi sekali lagi dengan single keduanya berjudul My Moment.
Lagu baru itu menimbulkan kritikan tidak seperti single Friday dengan lirik: “Bukankah kamu yang berkata saya bukan sesiapa. Tetapi saya akan buktikan kamu salah.”
“Anda kata saya lakukan perkara besar yang tidak pernah kamu impikan. Saya harap kamu gembira kerana saya bagaikan hendak gila.”
Rakaman klip video pula menunjukkan Rebecca berpusing sambil meniup belon, melepak bersama rakan remajanya dalam limosin dan pergi membeli-belah.
Namun, lagu itu khusus tentang kehidupan barunya yang terkenal dan glamor.
Dia dilihat menyolek wajahnya secara profesional, menghadiri tayangan perdana filem, menjadi pengacara Anugerah Muzik MTV secara dalam talian, membaca artikel mengenai dirinya sendiri disertai dengan gambar bersama peminat dalam akhbar.
Malangnya, bagi peminat yang meminati lirik lagu Friday seperti “Esok adalah Sabtu. Dan Ahad muncul selepas itu,” tiada lirik yang menarik dalam lagu baru itu.
Malah, dia menyanyi: “Pembenci, kamu katakan akan jumpa saya kemudian. Tidak boleh bercakap dengan kamu sekarang, saya sibuk membaca akhbar.”
Sidang akhbar memberitahu, sementara Friday “meraikan kehadiran hujung minggu dan waktu berseronok,” single terbaru itu adalah “kisah pari-pari, tetapi ia berlaku dalam kehidupan sebenar.”
Bagaimanapun, media muzik tidak pasti single terbaru itu akan memberi kesan yang menakjubkan apabila Rolling Stone menulis: “Sukar untuk dibayangkan lagu ini atau klip videonya akan menghantui imaginasi seseorang sebagaimana kesannya dalam single Friday.”
Sementara itu, Time pula menulis: ‘My Moment, walaupun mengandungi lirik lebih bermakna berbanding single pertamanya masih mengekalkan kebodohan yang sudah kita jangkakan.”
Susulan daripada kejayaan Friday iaitu projek persendirian yang dibayar ibunya sebanyak AS$4,000 (RM12,000) kepada studio muzik di selatan California untuk diterbitkan, single kedua itu menunjukkan hubungan yang lebih profesional.
Bintang itu turut terbabit dengan lima lagu EP yang dijangka keluar Ogos depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: