YAN – Kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi membangunkan infrastruktur di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pembangunan itu, pendapatan petani juga dapat ditingkatkan menerusi peningkatan hasil padi dari enam metrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.
Katanya, mulai tahun ini, sebanyak RM45 juta diperuntukkan dan jumlah tersebut akan bertambah sepanjang tempoh itu.
“Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan pengambilan tanah dan membangunkan kemudahan serta infrastruktur di kawasan MADA,” katanya pada majlis kenduri rakyat di Guar Chempedak di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: