![]() |
| Mac Chung Lynn bersama sajian terbaru Nando's. |
TERCARI-CARI tempat sesuai untuk merehatkan fikiran sambil menikmati hidangan sihat yang sedap lagi menyelerakan?
Apa kata selepas seharian di pejabat singgah sekejap di mana-mana cawangan Nando's yang menyediakan hidangan ayam panggang yang sihat dan menggunakan bahan-bahan berkualiti.
Ketua Pegawai Eksekutif Nando's, Mac Chung Lynn berkata, pembaharuan turut dibuat selepas menyedari selera pelanggan yang sentiasa berubah.
"Untuk hidangan terbaru, kami menyediakan hidangan istimewa yang menggunakan resipi istimewa Portugis yang menggunakan ayam sebagai menu utama,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Hidangan sihat itu diberi nama Petisco yang bermaksud snek dalam bahasa Portugis turut mengandungi roti pita dan juga kepak ayam sebagai hidangan utama.
Bagi pelanggan yang sukakan rasa pedas, boleh menambah sos pedas pada hidangan mereka.
Bukan sekadar itu, pelanggan juga boleh mencuba minuman baru yang unik dan sedap.
Didatangkan dengan empat jenis minuman, Crimson Cola, Citrus Bliss, Redbush Refresher dan Madeira Red, pelanggan boleh mencuba minuman yang unik lagi sedap.
Pertama kali mencuba minuman, pastinya pelanggan berasa pelik kerana kesedapan dan keunikan airnya yang dihidangkan bersama buah delima dan juga sebatang serai yang diletakkan bersama air.
Sementara itu, bagi yang sukakan hidangan berat, Nando's tetap tidak menghampakan pelanggannya kerana turut menyediakan hidangan berasaskan nasi.
Sekali lihat, rupanya seperti nasi beriani yang dicampur bersama hidangan kari ayam dan juga sayur-sayur segar.
Dihidangkan di dalam mangkuk klasik, menampakkan lagi hidangan ala Portugis ini seperti sesuatu hidangan yang berkhasiat.
Diberikan nama Cataplana ia adalah makanan tradisional portugis yang dihidangkan bersama campuran ayam panggang bersama sayur-sayuran segar.
Bagi kanak-kanak pula, Nando's tetap tidak melupakan. Didatangkan dengan hidangan yang berkhasiat dan segar ia sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Menyediakan tiga pilihan hidangan berkhasiat, Little Grow Up membolehkan si kecil memilih makanan kegemaran mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: