|
Festival Filem Malaysia sudah masuk edisi ke-24 tahun ini. Namun penganjuran festival utama bagi penggiat perfileman itu sering dipandang sepi. Jauh beza berbanding penganjuran aneka festival lain di negara ini yang dipandang tinggi serta jadi tumpuan. Lebih-lebih lagi acara yang menghimpunkan penyanyi popular. Bukan sahaja kehadiran nama besar dalam acarra-acara berkaitan festival filem sebelum ini yang sendu, malah peminat juga tidak ghairah bercakap pasalnya. Malah ada yang tak sedar adanya sesebuah festival. Sedar-sedar ia sudah selesai. Perkara itu disedari oleh jawatankuasa penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) yang diterajui oleh Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) sebagai penganjur. Sebelum ini Gafim diberi tugas membantu penganjurnya, Lembaga Kemajuan Filem Nasional (Finas). "Kami mahu menjalankan promosi besar-besaran agar FFM24 akan lebih disedari oleh masyarakat. Kami sudah memulakan promosi dan ia akan berterusan sehingga malam kemuncak 19 November ini," kata Pengarah Media dan Acara FFM24, Wani Webdy Wong. Sebab itu pelbagai acara diadakan menjelang malam kemuncak, termasuk pra pelancaran pada 25 Julai ini di Kompleks Kraf Malaysia, majlis berbuka puasa FFM24, Rumah Terbuka Aidilfitri FFM24, Jejalah FFM24, Karnival Walkaton FFM24, pertandingan golf amal, makam malam publisiti dan banyak lagi acara sepanjang hampir empat bulan ini. "Kami mendapat kerjasama syarikat pengiklan Asia Media yang akan mengiklankan FFM24 di dalam 1,500 bas terpilih di Kuala Lumpur dan luar Kuala Lumpur. Ia meragkumi Rapid KL, Plusliner, Causewaylink dan Nice. Promosi dalam bas akan bermula Ogos ini," kata Wani dalam sidang akhbar pertama di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur baru-baru ini. Penyertaan sehingga 15 Ogos FIlem-filem yang ditayangkan mulai 24 Oktober 2010 sehingga filem yang dapat kelulusan tayangan pada atau sebelum 1 Oktober 2011 layak menyertai FFM24. Nampaknya banyak judul filem yang layak bertanding kali ini kerana sejak tahun ini semakin banyak penerbit menghasilkan filem. Pihak penganjur membuka penyertaan sehingga 15 Ogos ini. Mereka juga berharap pihak penerbit menghantar borang penyertaan segera untuk mengelak masalah yang mungkin berlaku. "Saya harap penerbit segera menghantar penyertaan sebelum kami menutup penyertaan. Kami anggarkan sebanyak 29 buah filem layak bertanding berdasarkan jadual tayangan masing-masing. Mana-mana produser yang gagal menghantar penyertaan membuatkan filem mereka tidak boleh bertanding," kata Wani. Selain itu pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan filem-filem bukan berbahasa Melayu untuk sama-sama memeriahkan FFM24. Pihak penganjur turut membuka penyertaan filem bukan berbahasa Melayu dalam kategori khas. Sekiranya penganjur menerima kurang lima pencalonan, kategori itu tidak akan dipertandingkan. Sensasi itu asam garam Kita pernah mendengar macam-macam rungutan dan kritikan setiap kali sesebuah festival filem selesai dan pemenang menerima anugerah masing-masing. Ada yang lantang mempertikai keputusan juri apabila calon yang diramal ramai tidak menang kategori yang dijangka. Tahun lalu juga penganjur dapat kritikan hebat apabila pengarah muda Syamsul Pengarah yang meluahkan rasa kecewa juga sudah kembali mengarah filem baru. Malah Syamsul juga sudah membuktikan kewibawaan sebagai pengarah terbaik apabila mencipta sejarah kutipan filem barunya KL Gangster yang mencecah kutipan melebihi RM12 juta. Walaupun tidak dinilai oleh barisan juri, filem yang mampu menarik jutaan penonton ke pawagam itu pasti ada mutu yang digemari penonton. Namun nasib KL Gangster dalam FFM24 belum boleh ditentukan berdasarkan kutipan yang tinggi. "Kami dari Gafim tak rasa tertekan dengan kritikan dan rungutan selepas sesebuah festival selesai. Bagi kami, sensasi itu bagai satu lumrah dan asam garam dalam FFM. Kalau tak ada sensasi, rasanya macam kurang seri festival ini," kata Pengerusi Publisiti dan Promsi FFM24, Ahmad Ibrahim. Dia juga menafikan penyerahan hak penganjuran kepada Gafim kerana pihak Finas kecewa dengan kritikan yang mereka terima, sebaliknya kerana kerajaan mahu orang seni sendiri menganjurkan festival untuk mereka. "Sebelum ini Gafim membantu Finas dalam penganjuran FFM. Sebenarnya di mana-mana negara pun tak ada pihak kerajaan yang menganjurkan festival filem mereka, sebaliknya ia dianjurkan oleh penggiat sendiri. Sekarang kerajaan memberi peluang kepada orang seni sendiri menganjurkan FFM, jadi kami akan cuba membuat yang terbaik," kata Ahmad lagi. |
Friday, July 15, 2011
Promosi besar-besaran FFM24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Yusof menang anugerah Pengarah Terbaik. Ada yang kata dia tidak layak sebaliknya ada nama senior lain yang lebih layak terima. Lama kelamaan isu itu senyap dan karyawan kembali rancak menghasilkan produk baru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: