|
|
KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd. (Maybank) menyasarkan sejumlah satu bilion mata ganjaran TreatsPoints yang bernilai RM5 juta bakal ditebus para pemegang kad debit dan kreditnya pada penganjuran ketujuh Pesta TreatsFair yang bermula semalam sehingga 24 Julai ini.
Menurut Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Kad, Kekayaan dan Pembayaran Maybank, B. Ravintharan, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding 800 juta TreatsPoints atau RM4 juta pada penganjuran tahun lalu.
"Diadakan di Pusat Pameran Mid Valley yang dilihat sebagai sebuah lokasi beli-belah dan hiburan sehenti keluarga, pesta kali ini menarik penyertaan 100 pedagang dengan lebih 268 buah gerai.
“Menawarkan harga saksama dengan penerapan elemen penjimatan, pesta ini menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan bagi memenuhi pelbagai gaya hidup pelanggan Maybank," katanya pada pelancaran Pesta TreatsFair di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: