Bermasam muka selepas terjerat dalam satu kontroversi, hubungan dua orang pelakon baru, Eina dan Bkay Nair dikatakan masih lagi belum pulih. Kedua-dua masih teguh mempertahankan diri masing-masing membuatkan tiada jalan perdamaian ditemui buat ketika ini. Biarpun sudah lebih lima bulan filem Ratu yang dikatakan menjadi punca perbalahan ini tamat tayangannya di seluruh panggung, namun perang dingin antara kedua-dua artis ini masih lagi belum tamat. Ia berikutan beberapa perbalahan yang berlaku sewaktu filem Ratu mula ditayangkan pada Februari lalu, selepas Eina dikatakan cuba mencetuskan kontroversi apabila dikhabarkan menjadi dalang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip, Abd Latiff mempunyai skandal dengan Pengurus Koordinasi dan Perhubungan Awam, anak syarikat Lineclear, Wayang Studios International (WSI), Tryambikay Vendages Nair (Bkay) yang heboh diperkatakan orang di persada seni tanah air ketika itu.Biarpun masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan di media-media, namun hubungan itu nampaknya tidak juga menemui penyelesaian. Bertembung dalam majlis The Blue Kebaya Showcase yang diadakan di The Weld semalam, Eina dan Bkay kelihatan tidak betah untuk beraksi dihadapan satu lensa yang sama, masih terpancar kedinginan yang tidak dapat disorokkan oleh wajah dan aksi mereka ketika itu, Bkair dan Eina kemudiannya mengaku, mereka masih belum bertegur sesama sendiri. "Selepas apa yang terjadi, tidak ada sebarang bentuk perhubungan antara pihak saya dan dia. Biarpun sebelum ini, ada pihak ketiga cuba menjernihkan hubungan antara saya, dia dan pihak Ratu The Movie, tapi tidak juga berjaya. "Memang filem sudah lama keluar panggung, namun perkara ini masih belum selesai, dan saya juga masih belum menerima bayaran yang sepatutnya lagi. "Tentang saya dan Bkair, sememangnya saya sudah agak kami akan bertembung di mana-mana majlis, kerana industri kita bukanlah terlalu besar untuk menyorok antara satu sama lain, tapi setakat ini jika bertembung sekali pun, kami tidak pernah bertegur siapa dan biasanya, kami hanya buat hal masing-masing,"jelas Eina. Enggan berlakon bersama Selepas apa yang berlaku pada dirinya, jelas Eina, hatinya masih belum bersedia untuk bekerjasama dengan Bkay. Namun, setiap yang berlaku pada masa lalu tetap menjadi pengajaran untuknya di masa akan datang. "Serik untuk berlakon itu memang tidak ada dalam diri saya, apa yang berlaku sebelum ini saya jadikan pengajaran untuk saya terus berusaha dimasa akan datang.Saya berterima kasih pada mereka yang banyak menasihati agar saya lebih berhati-hati selepas ini. "Untuk berlakon dengannya (Bkay) itu saya rasa tidak. Kalau ada yang tahu situasi antara kami, mereka mesti faham. Saya tidak boleh memaksa perasaan untuk berbaik sedangkan dalam hati masih terasa pedihnya, jadi untuk itu, saya rasa eloklah jika kami tidak lagi bergandingan,"jelas Eina. Menyanyi Baru berusia 16 tahun, Eina bukan sahaja mahu menceburi bidang lakonan, tetapi gadis cantik ini juga sedang dalam proses untuk menghasilkan single pertamanya yang akan mula dirakamkan selepas raya nanti. "Saya baru saja selesai penggambaran drama Pucuk Muda Kerabu Tauge, dan selepas ini saya akan berehat sementara ramadhan. Sepanjang ramadhan saya akan tumpukan sepenuhnya untuk meneliti single terbaru saya yang bakal dirakamkan selepas raya nanti. "Saya memang meminati bidang nyanyian, malah dari awal lagi saya masuk kedunia hiburan ini, saya sudah memilih untuk menjadi penyanyi, namun entah bagaimana rezeki dalam bidang lakonan nampak lebih mendahului. "Untuk single ini saya memilih lagu daripada Adnan Abu Hassan, sebab saya memang meminati lagu-lagu hasil sentuhannya,"jelas Eina yang tidak menggunakan mana-mana syarikat rakaman untuk menghasilkan singlenya ini. |
Thursday, July 21, 2011
Perang Eina & Bkay belum selesai!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: