![]() |
| BEG tangan kuning dipadankan dengan jaket kulit warna coklat memang menarik digayakan untuk santai. |
MENCARI keselesaan dan pada masa sama ingin tampil hebat bergaya bukannya mudah. Kenyataan ini bukan setakat diaplikasi pada pakaian semata-mata malah turut melibatkan pemilihan beg tangan, kasut dan aksesori untuk melengkapi penampilan serta keperluan.
Keutamaan itulah yang menjadi pertaruhan jenama yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, Cole Haan.
Pegawai Perhubungan Awam mewakili jenama tersebut di Malaysia, Ferhat Nazri berkata, menerusi koleksi terbaru musim luruh 2011, Cole Haan memastikan dua elemen tersebut sebagai asas penghasilan produk mereka.
Malah katanya, keselesaan tersebut mengambil kira jantina lelaki dan wanita agar kedua-dua gender itu bukan sahaja dapat tampil selesa bahkan yakin bergaya.
"Secara keseluruhan, rekaan yang dihasilkan mencerminkan keghairahan , dimensi dan personaliti yang wujud dalam diri lelaki dan wanita itu sendiri," katanya pada peragaan koleksi terbaru Cole Haan di butik jenama tersebut di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ferhat, penggunaan warna untuk musim luruh juga bersifat lembut, lebih kepada warna-warna asli dan sedap mata memandang.
Untuk koleksi wanita, dari koleksi Brooke memaparkan ciri wanita moden, sofistikated dan yang lebih utama penampilan mereka disertai beg tangan serta kasut yang sepadan.
Koleksi untuk lelaki pula mengambil inspirasi klasik yang digabungkan dengan rekaan kontemporari.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: