|
|
MENYEDARI kebijaksanaan penggemar kopi hari ini menilai cita rasa sesuatu kopi mendorong Nescafe meluaskan sayapnya dengan pengenalan mesin kopi premium kafe khas.
Nescafe Milano dicipta khusus untuk pengendali komersial luar rumah yang ingin menjadikan kedai mereka sebuah destinasi minuman.
Jika di kafe-kafe, individu bergelar barista bertanggungjawab menyediakan secawan kopi terbaik buat pelanggan mereka, namun adakalanya kualiti kopi yang disediakan tidak konsisten.
Usaha Nescafe dilihat sebagai mengurangkan beban sesebuah perniagaan melatih pekerja mereka menjadi barista dalam bidang penyediaan kopi yang adakalanya menelan kos lebih tinggi.
Apatah lagi dengan mesin mudah Nescafe Milano, elemen-elemen seperti kualiti, kemudahan serta penyesuaian dapat dicapai bagi membolehkan pelanggan mendapat rasa kopi yang berkualiti tinggi dan konsisten.
Pengurus Perniagaan Minuman, Nestle Profesional, Rosalia Chua menjelaskan, mesin tersebut sesuai diletak- kan di kafe, hotel dan restoran.
“Ia mempercepatkan servis sesebuah perniagaan kerana pelanggan tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan secawan kopi. Ketiadaan barista pada waktu-waktu tertentu menyukarkan operasi sesebuah perniagaan kopi, namun dengan adanya mesin ini, minu- man kopi dapat disediakan dengan mudah,” ujarnya.
Sistem mesin Nescafe Milano mampu menghasilkan kualiti setanding kopi yang dihasilkan secara manual oleh barista.
Dengan menekan satu butang, secawan kopi yang lengkap ramuannya dapat disediakan dengan mudah dan pantas.
Penciptaan mesin itu turut didatangkan dengan produk-produk baharu oleh Nestle iaitu kopi tradisional yang menggunakan kopi Arabica terbaik dengan sedikit kopi robusta bagi mengimbangi asid dan rasa pahit.
Bagi penggemar latte, mesin tersebut mampu menyediakan minuman latte berlapis yang ideal. Dengan penggunaan mesin itu juga, susu skim Nestle Milano yang hanya mengandungi satu peratus lemak, membantu menghasilkan susu berbuih halus.
Menariknya, secawan cappucino yang sempurna boleh disediakan dalam beberapa saat sahaja tanpa perlu bersusah payah membuihkan susu secara berasingan.
Lebihan masa yang dimiliki pengendali mesin tersebut membolehkan mereka menumpukan kepada seni latte di atas lapisan teratas bagi menambah nilai istimewa secawan kopi.
Mereka yang tidak mengambil kopi pula boleh memilih produk terbaharu Nestle, Complete Mix Hot Chocolate yang mengandungi 33 peratus koko dan 98.5 peratus tanpa lemak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: