|
Lari dari kesibukkan kota Kuala Lumpur yang pada ketika itu dilanda kesesakkan jalan raya yang teruk dan ditambah pula perhimpunan Bersih yang menghimpunkan ribuan manusia di Kuala Lumpur, ternyata pilihan 11 selebriti yang menyertai program Artis Lestari Di Hutan Belum merupakan pilihan yang bijak. Membuang segala imosi berkaitan kerja dan hadir membawa satu perasaan sayang dan cinta pada alam semula jadi, Sabhi Saddi, Fauziah Latiff, Eizlyn, Isma Halil, Yasmin Hani, Amanda Imani, Mejar Dr Faiz, Fida, Farah Asyikin, dan miss Malaysia, Nadiene membawa misi sebagai artis pencinta alam ke Pulau Banding bermula 8 hingga 10 Julai yang lalu. ![]() selebriti disambut dengan meriah sekali "Saya tidak pernah ke Hutan Belum, jadi ini pertama kali saya datang kesini dan selepas ini saya akan menceritakan tentang apa yang saya perolehi disini,"jelas Isma Halil. "Ini rezeki saya, sebelum ini hanya ada keinginan untuk datang kesini, saya hanya mencari kesedaran pada diri sendiri tentang betapa pentingnya hutan dan spesis-spesis tumbuhan dan haiwan disini,"luah Sabhi Saddi. Lebih lima jam perjalanan daripada Kuala Lumpur menuju ke Pulau Banding, tidak sedikit pun melemahkan semangat peserta dan artis apatah lagi setibanya di destinasi iaitu Belum Rainforest Resort, para artis dihiburkan dengan persembahan selamat datang daripada sebahagian penduduk orang asli disitu. ![]() Yasmin Hani dan Eizlyn begitu bertenaga mendaki bukit malam itu Disebelah malamnya pula para artis dan wakil media dibawa menerokai keindahan hutan. Proses mendaki yang mengambil masa lebih kurang setengah jam ini biarpun pada awalnya kelihatan seperti menggerunkan apabila peserta hanya diberi satu lampu suluh setiap orang untuk mendaki, ternyata memberi kenangan menyeronokkan kerana setiap petugas dan kaki tangan yayasan sungguh berhati-hati membawa peserta kedalam hutan selain mejaga seratus peratus keselamatan mereka. Bagi yang sudah biasa mendaki bukit, seperti Fauziah Latiff dan Eizlyn, sudah pasti aktiviti malam itu sungguh menggembirakan, tetapi untuk mereka yang baru pertama kali mengambil peluang ini, ia sememangnya menjadi pengalaman yang indah. ![]() Hasnol bersama kanak-kanak orang asli Seperti penyanyi muda, Amanda Imani, dia sama sekali tidak menyangka akan digigit pacat pada malam itu namun, biarpun darah banyak mengalir, ia tetap tidak memutuskan semangat cintakan dalam dirinya kerana keesokkan harinya, Amanda turun ke hutan dengan kelengkapan yang lebih lengkap lagi. Kesempatan berada di bumi Belum, peserta juga dibawa mendekati penduduk orang asli dengan lebih dekat lagi. Merentasi Tasik Banding, peserta dibawa ke Sungai Tiang untuk melihat usaha Yayasan Emkay pada penduduk orang asli disana. Sebuah Toy Library diwujudkan dimana kanak-kanak orang asli diberi pendidikan yang lebih baik, selain diajar cara membaca dan mengira dengan lebih sempurna. Mesra dipanggil Auntie Noni, cikgu ini begitu sabar melayan kerenah pelajarnya biarpun terpaksa merentas sungai selama hampir satu jam setengah untuk ke perkampungan ini setiap dua minggu sekali. Melihat kepada kemajuan penduduk disana, ternyata usaha yayasan ini begitu besar ertinya dan wajar dipuji. ![]() artis memanam pokok sebagai kenangan Artis dan selebriti dihiburkan dengan beberapa persembahan pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, dan menurut mereka, ini pertama kali mereka melihat kaum orang asli secara dekat. "Ini kali pertama saya melihat orang asli secara dekat, sebelum ini hanya melihat mereka menerusi televisyen sahaja. Saya memang tak sangka, mereka orang kita, tinggal di Malaysia tetapi wajah mereka seperti orang-orang yang ebrada di Afrika,"jelas Sabhi Saddi yang jelas tidak dapat melupakan kenangan terindah ini. "Saya melihat kejayaan Yayasan ini dalam membantu anak-anak orang asli, dan melihat cara mereka berkawan, berkomunikasi saya dapat rasakan orang asli dikawasan ini lebih terbela,"luah Eizlyn pula. ![]() stylo Fauziah Latiff mendaki bukit Selain dibawa kekawasan perkampungan orang asli, artis dan peserta juga menjalani beberapa aktiviti seperti mandi di air terjun dan melihat bunga terbesar di dunia, Reflesia. Kalau sebelum ini tidak ramai yang berkesempatan melihat wajah Reflesia mekar, kali ini para peserta sempat mengambil gambar dan melihat sendiri sifat semulajadi tumbuhan ini. "Saya memang teruja melihat Reflesia kali ini, sebelum ni saya pernah ke Sarawak dan melihat bunga ini juga, tetapi ia tidak sekembang disini,"jelas Isma Halil. Keindahan Pulau Banding bukanlah sekadar apa yang diceritakan, malah untuk bercerita mengenainya, sudah tentu tidak akan pernah habis. Keindahan hutan belantara yang masih menjadi khazanah kekal, kesegaran udara yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ditambah dengan kecantik Belum Rainforest Resort ini sudah pasti menjadi faktor utama mengama orang ramai perlu datang dan menyaksikan sendiri harta milik peribadi kita. ![]() antara peserta yang menyertai program ini |
Thursday, July 14, 2011
Misi 11 Selebriti Mencintai Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: